[Perhatian: Rencana ini mungkin mengandungi unsur2 yang mungkin
menyebabkan otak anda menjadi jem. Sekiranya spesifikasi otak anda
kurang dari 64 bit, tolong jangan baca.]---------------------------------------------------------------
Dalam kehidupan seharian kita, tentunya banyak perkara atau
peristiwa yang kita tempuhi setiap hari. Dan peristiwa2 tersebutlah
yg terkumpul dalam memori kekal otak, yang kita sebut sebagai
koleksi pengalaman.
["pengalaman mengajarku erti derita"-paan]Pepatah lama berkata, jauh perjalanan banyak pengalaman. Biarpun
dizaman it ini ia tidak lagi sesuai kerana pengalaman & pengetahuan
boleh diperolehi tidak semestinya melalui berjalan/mengembara tetapi
hanya dengan melayari dunia internet berbagai perkara dapat kita
pelajari.
["jom buat bisness dalam internet-rizdwan"]Biarpun ada juga yg berkata, bolehkah maklumat internet boleh
dipercayai? Keadaannya sama juga dengan kita mendapatkan maklumat
dikedai kopi dimana ia menuntut kita menggunakan menggunakan akal
dan fikiran yang dianugerahkan untuk menapis semua maklumat
tersebut. Begitulah juga dengan internet
.["gua lebih selesa bercinta
melalui internet"-ismail]Disinilah pentingnya otak yang diberikan kepada manusia. Namun
begitu seorang ahli Seorang ahli psikologi dan falsafah, william
james(1842-1910) mengatakan bahawa manusia umumnya hanya menggunakan
hanya 10% dari keupayaan otaknya yang sebenar. Mungkin ada
kebenarannya. Ianya membuat kita terfikir benarkah begitu atau kita
hanya akan memaksimumkan penggunaan otak kita hanya dalam keadaan
terdesak? Atau kita lebih suka menggunakan otak kita untuk perkara2
yang mudah dan rutin.
["i just pakai 10%! Patutlah kena tinggal.."-is]Keadaan ini boleh diumpamakan seperti sebuah kereta yang dipandu
pada kelajuan 10km/j sedangkan ia dicipta untuk dipandu dengan
selamat pada tahap 100km/j. Samalah juga dengan otak manusia. Namun
begitu otak kita juga ada hadnya sama seperti kereta yang jika
dipandu pada kelajauan 300km/j alamatnya tak yah ceritalah. Kat
litar F1 bolehla. Kalau litar LDP? Shcumi pon x berani.
[Michael Epul
& fernando pok deng bleh buat kot..]Itulah sebabnya kita ditegah untuk memikirkan tentang kewujudan
Allah swt sebaliknya kita hanya digalakkan untuk memikirkan segala
kejadian yang diciptakan olehNya sahaja. Malah kalau itu pun yang
kita nak fikirkan maka tak terfikirpun kerana ilmu Allah ini terlalu
banyak.
Bila kita berbicara tentang komputer maka faktor terpenting yang
menentukan keupayaan komputer adalah processor dan memory. Bagaimana
pula dengan manusia? Jawabnya akal dan hati. Akal adalah enjin untuk
memproses manakala hati adalah "instruction set" yang dipengaruhi
oleh elemen nafsu. Bila hati baik maka akal akan bekerja untuk
melakukan kebaikan, sebaliknya bila hati inginkan kejahatan maka
akal akan dikerah untuk bekerja untuk berfikir kearah perlaksanaan
kejahatan.
Begitulah kejadian akal dan hati manusia. Persoalan utama disini
adalah akal yang sememangnya mempunyai satu keupayaan luar biasa
yang boleh digerakkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan samada
untuk kebaikan atau keburukan. Maka benarlah kata sahabat
kita, "kalau orang pandai jadi jahat, maka dunia akan huru hara..".
Kenapa sebab istilah org pandai itu membawa maksud kepada orang yg
menggunakan akalnya. Jadi kalau berbalik kepada teori penggunaan
akal tadi - orang lain menggunakan 10% dan orang tadi tadi
menggunakan 11% akalnya untuk melakukan kejahatan maka ia cukup
untuk menjadikan dunia menjadi haru biru.
Maka ada orang kata mereka ini kreatif. Kenapa? sebab mereka
menggunakan otak, mereka berfikir. Wikipedia mendefinisikan
kreativiti sebagai "the mental phenomena, skills and/or tools
capable of originating (and subsequently developing) innovation,
inspiration or insight". Bukankah ianya satu kebolehan seseorang
manusia itu untuk menggunakan akalnya untuk melaksanakan sesuatu
yang belum dicuba sebelumnya (innovation) atau lari dari
perlaksanaan kebiasaannya.
Bagaimana pula kes penggunaan duit palsu untuk hantaran yang
dihebohkan dalam akhbar tempatan yg tengah kecoh sekarang ini?
Adakah itu kreatif? Pendapat peribadi saya ya. beliau seorang yang
kreatif kerana wujudnyanya elemen innovasi. Adakah dia
menggunakankan akalnya? Ya dia menggunakan akalnya untuk mengatasi
masalah nak kawin tapi mungkin tak cukup duit nak buat hantaran.
[is & pok deng boleh tiru ni...]
Kita boleh buat satu teori bahawa ianya adalah satu konspirasi
antara beliau dengan bakal isterinya yang berpakat untuk menipu
bakal mertuanya dan dengan harapan duit hantaran tersebut tidak akan
diperiksa oleh mertuanya, sebaliknya akan disimpan oleh si isteri
dan seterusnya kes akan ditutup dan mereka akan hidup dengan aman.
Maka proses atau event flow yang dirangka tadi lahir dari pemikiran
beliau untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi.
Tapi adakah kaedah yang dilahirkan dari pemikiran tadi itu sempurna?
Jawabnya tidak. Mungkin dia pakai printer bubble jet untuk cetak
duit palsu tersebut yang mungkin menyebabkan orang lain merasa
sangsi.(Sepatutnya dia kena belajar kat binary jumpa black...) Ini
menunjukkan kepada kita satu pemikiran yang bagus jika tidak
diterjemahkan dengan satu tindakan perlaksanaan yang betul belum
tentu akan membuahkan hasil yang diharapkan.[Sapa nak kawin jumpa
black untuk cetak wang palsu...wakaka]
Bila kita berbicara soal akal dan pemikiran, sebenarnya ia akan
membawa kita ke satu dimensi kehidupan manusia yang melangkaui
sempadan disiplin ilmu. Bila otak digerakkan untuk berfikir maka
manusia akan menjadi aktif, inovatif dan akhirnya akan membawa kita
kepada suatu penerokaan ilmu Allah yang begitu banyak sekali dan tak
terjangkau oleh kita.
Itulah sebabnya ayat al-quran pertama yang diturunkan kepada nabi
kita ialah "iqrak"- Bacalah dengan nama Tuhan mu. Ia menuntut kita
agar meneliti dan memerhati dengan segala pancaindera-input tools ,
memikirkan dengan akal - processing, menyimpan dalam ingatan -
memory, segala kejadian alam serta segala peristiwa yang berlaku,
seterusnya diterjemahkan dalam tindakan - output tools, demi untuk
kesejahteraan dan kehidupan yang lebih kekal.
Selepas kita bercerita panjang lebar tentang akal, timbul persoalan
disini, adakah manusia kreatif ini "is born to be" or "born then
be"? Bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa berfikir
seterusnya menjadi seorang kreatif dan inovatif? Kita perlu melatih
diri dengan sentiasa berfikir walaupun dalam perkara yang kita
anggap sebagai satu rutin.
Contohnya, setiap hari kita makan malam dengan nasi- ianya satu
perkara yang rutin dan kita hanya mengikutinya tanpa banyak soal.
Mari kita mulakan proses berfikir dengan teknik bertanya? Kenapa
kita makan?Kenapa kita makan nasi?Kenapa tak makan selain dari nasi?
Kenapa x pukul is sebelum makan nasi? wakakaa.... Malah begitu
banyak soalan boleh ditanya kepada diri kita terhadap pelbagai
perkara yang kita lakukan setiap hari? (tapi jangan u all pegi tanya
soalan bodoh ni kat black plak-sure kena penampar!)Semua persoalan
ini nampak bodoh tetapi ia akan melatih kita menjadi seorang yang
sentiasa berfikir.[gua dok pikir bila nak makan nasi kenduri is...]
Apabila seseorang manusia itu melakukan sesuatu kerja tanpa berfikir
panjang maka org akan kata "tak ader otak" atau "bodoh macam lembu".
[Kesian kat lembu dihina sepanjang zaman. Kalau lembu tu bleh cakap
mesti dia cakap cam ni..."Bodoh macam aku pun kau makan gak! Hang
makan aku, so hang pun 2x bodoh macam aku!"]
So bila ader org cakap kat kita cam tu, bukan kita x ader otak atau
otak kita simpan dalam peti ais kat rumah jiran, tapi sebab kita x
maksimumkan penggunaan otak kita ketahap 12% [FULLSTOP!!]
"Sesungguhnya satu perkara mudah yang paling susah untuk
dilaksanakan oleh kita semua ialah berfikir."
Wah aper yang gua tulis ni hah? Panjang betul. Mesti korang pening.
• ·B·L·o·o·D's· • ·P·u·n·Y·a· • ·S·t·o·r·y· •®